Harakahdaily 17 Jan 2013
SEREMBAN: Tiga aktivis PAS Tampin akan
didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada Jumaat (esok) jam 9 pagi
atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.
Menurut satu makluman veteran PAS
Tampin, Ali Maiden, kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis PAS yang
menghalang dua orang yang tidak dikenali membuang poster dan kain
rentang ceramah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Gemas pada bulan Januari tahun lalu.
Kata Ali, pihak yang
tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis PAS.
Malah tambahnya kemudian
pihak tersebut menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah
Tampin di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ali mendakwa, salah
seorang yang akan didakwa, Zanil Suboh memaklumkan kepada beliau
bahawa mereka (tukang buang poster) adalah orang yang diupah pihak
tertentu untuk mensabotaj program Pakatan Rakyat.
"Semua penyokong
Pakatan Rakyat dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis PAS
yang bakal didakwa iaitu Zanil Suboh yang juga Ketua Penerangan PAS
Tampin, Musa Ali (warga Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (warga
Felda Bukit Jalor), " kata Ali lagi.
No comments:
Post a Comment