BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

1/21/13

Ukhuwwah, antara faktor utama kemenangan dalam pilihanraya



Bagaimana ukhuwwah kita sesama ahli dan AJK di peringkat UPU, MTD, Cawangan, Kawasan, Cabang, Ranting, Negeri, Pusat, JPN, JPRK dan seterusnya?

"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" - Al-Anfal; 63

Imam Hasan al-Banna berkata: "Kekuatan yang paling utama adalah adanya persatuan, sedangkan persatuan tidak akan terwujud tanpa adanya perasaan cinta."


UKHUWWAH PEMANGKIN KEKUATAN UNTUK MENCIPTA KEMENANGAN

Ukhuwwah merupakan syarat  dan pemangkin untuk mencipta kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang  khususnya untuk menumbangkan Umno.

Demikian tegas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Aby dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Isu-isu semasa dan Taakhi II yang diadakan di Dewan Fadzil Noor, KUIZM hari ini sempena Ijtimak Perdana Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, ukhuwwah hanya dapat dijalin sekiranya kita mempunyai persepsi  dan prasangka yang baik sesama anggota jamaah dalam saf perjuangan untuk meruntuhkan kezaliman Umno.

Perpecahan merupakan penghalang utama untuk mencipta kemenangan menuju ke Putrajaya. Hanya dengan perpaduan yang utuh dan saling memahami sesama ahli akan membantu kita mencipta sejarah.

Berprasangka baik merupakan diantara tuntutan utama Islam dalam hidup berjamaah.

1 comment:

Anonymous said...

Мy family every time ѕаy thаt
I am wаsting my time here at nеt, exceρt I knοw
Ι am getting expеrience all thе time by readіng ѕuch fastidіous artiсles or reѵiеws.
Stop by my site loans bad credit