BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT - 26 APRIL 2014, SABTU

BONGEK BERSELAWAT

BONGEK BERSELAWAT

2/25/13

Ceramah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri 27 Feb 2013


CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Oleh : Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tarikh : 27 Feb 2013, Rabu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Semua dijemput hadir

Biodata Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain.

Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.

Dr. Zulkifli Bin Mohamad
TEMPAT LAHIR : Gong Pauh, Kemaman, Terengganu.

PENDIDIKAN
Sarjana Muda Syariah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi 1989-1993
Sarjana Syariah Universiti Ilmu-ilmu Islam Dan Arab, Syiria: 1994-1997
Doktor Falsafah (Ph.D), USM, Pulau Pinang, Malaysia: 2002-2004.

BIDANG KEPAKARAN
Fiqh Dan Usulii.
JAWATAN:
Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson: 1997 ± 2006.
Jawatan Sekarang : Karyawan Tamu USIM
Panel Penasihat Syariah Tabung Haji
AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Negeri Terengganu
Panel Kajian Aqidah JAKIM
Penulis dan Pendakwah

No comments: