Sinar Harian 5
Februari 2013
SEREMBAN – Pas
mempertikaikan tindakan seorang wakil rakyat Umno di negeri ini yang dikesan
mengaut keuntungan dari anak syarikat kerajaan negeri menerusi syarikat
miliknya.
Ketua Penerangan
Pas negeri, Nor Azman Mohamad mendakwa, pemimpin terbabit memiliki 50 peratus
saham menerusi syarikatnya yang jelas menunjukkan beliau menggunakan kesempatan
sebagai wakil rakyat untuk mendapat keuntungan dengan mudah.
“Sepatutnya, jika
ada keuntungan, ia akan disalurkan kembali kepada rakyat.
"Tapi apa
yang dikesalkan apabila wakil rakyat ini telah mengambil kesempatan dengan
memiliki kepentingan dalam syarikat kerajaan negeri melalui syarikatnya,”
katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.
Selain itu, Nor
Azman turut mempertikaikan kedudukan wakil rakyat terbabit apabila dikesan
sebagai salah seorang pemegang saham dalam sebuah anak syarikat milik kerajaan
negeri.
Menurutnya, tidak
menjadi isu apabila seorang wakil rakyat terlibat dalam bidang perniagaan,
namun yang menjadi persoalan apabila ia melibatkan aktiviti perniagaan di bawah
kerajaan negeri.
“Jika seorang
wakil rakyat mendapat tender kerajaan pun sudah menjadi satu amalan yang
ditolak, apatah lagi dalam kes seperti ini iaitu seolah-olah dia memiliki
keuntungan dengan mudah.
“Kedudukan ini
mewujudkan situasi ‘konflik kepentingan’ dan sesuatu yang mengecewakan,”
katanya.
Berikutan itu,
beliau mencabar wakil rakyat berkenaan mengisytiharkan harta dan kepentingannya
kepada umum.
“Jika tiada tindakan
sehingga Jumaat ini, kita akan mengambil tindakan susulan dengan membuat satu
laporan polis dan dikuti dengan laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM)," katanya.

No comments:
Post a Comment