1/26/13
1/24/13
Sumbangan Dana PRU-13 PAS Rembau
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke
Tabung Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Rembau sila salurkan
ke akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
(Cawangan Seremban)
atau sila hubungi Penolong Bendahari
PAS Rembau, Sdr Hamizi 012-2832458
Kepada mereka yang ingin menyumbang
selain dari kewangan atau ingin membuat aku janji untuk menyumbang
sila hubungi Setiausaha PAS Rembau, Sdr Sufian 013-3589328
1/22/13
Peniaga Telok Kemang boikot kedai ‘tak siap’ kerajaan negeri
22 Jan 2013:
Peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson memboikot kedai ‘tak siap’
yang disediakan Kerajaan Negeri Sembilan, setelah mengusir dan merampas kedai
mereka sebelum ini bagi tujuan pembangunan.
Pengerusi
Sekretariat Selamatkan Pantai Telok Kemang, Shaharuddin Abu Talib berkata,
kedai tersebut hanya dibangunkan menggunakan tiang kayu tanpa dinding dan
pintu.
“Kedai dah siap
tapi tak ada dinding, pintu mahupun keperluan asas lain. Cuma tiang dari kayu
dan bumbung disediakan. Sebab itu, peniaga boikot tak mahu berniaga di situ,”
jelas Shaharuddin ketika dihubungi.
“Kedai yang
terdedah sebegitu mengundang pelbagai risiko, antaranya pencuri, vandalisme,
dan bencana alam seperti ribut dan sebagainya,” katanya.
Menurut
Shaharuddin, peniaga terbabit kini meneruskan perniagaan berpayungkan khemah
simbol memboikot kedai berkenaan.
“Kami 100 peratus membantah projek pembangunan yang tidak
teratur seperti ini,” tegasnya.
November lalu, 100 wakil peniaga sekitar pantai berhimpun di
perkarangan Parlimen bagi membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan
‘menutup periuk nasi’ mereka untuk projek pembangunan.
Tanah di sekitar pantai ditambak dan sebahagian besarnya
dijadikan milik peribadi beberapa individu.
Kerajaan negeri
juga rakus merampas tanah dan menghalau peniaga tanpa sebarang notis,
seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.
Dato Seri Anwar di N.Sembilan pada 27 Jan 2013
CERAMAH MAULIDUR
RASUL
Menghayati
Perjuangan Rasulullah SAW
Tarikh : 24 Jan
2013, Khamis
Masa : Maghrib
Tempat : Markas
Besar PAS Kawasan Kuala Pilah (depan Sekolah TMS)
Bersama : YB Dato
Dr Nik Mazian Nik Mohamad , ADUN Gual - Kelantan
Semua dijemput
hadir
Untuk maklumat
lanjut hubungi Zahar 012-6167819
MAJLIS HI-TEA DAN
SANTAI BERSAMA PEMIMPIN
Bersama : YB Dr.
Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Asmuni Awi
Tempat : Taman
Bukit Margosa
Tarikh : 27 Jan 2013, Ahad
Masa : 4 ptg
Kupon : RM10
Hubungi Firdaus
017-6913547 , 019-6278148 Rahman 019-9430224
Anjuran : Badan
Perhubungan PAS Negeri Sembilan
MAKAN MALAM
BERSAMA DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 27 Jan
2013, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Rumah Tok Omar, Kg Temeris, Senaling, N.Sembilan
Kupon : RM10
Hubungi Zahari 012-9367710 , Zuraini 013-6013990
Anjuran : Pakatan
Rakyat DUN Senaling
1/21/13
Semarak Maulid Nabi 24 Jan 2013 di Rembau
CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Abdul Mukti Baharudin ,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tarikh : 24 Jan 2013
Hari : Khamis
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Kg Senama,
Rembau
Muslimin dan muslimat
semua dijemput hadir
Ukhuwwah, antara faktor utama kemenangan dalam pilihanraya
Bagaimana
ukhuwwah kita sesama ahli dan AJK di peringkat UPU, MTD, Cawangan, Kawasan, Cabang,
Ranting, Negeri, Pusat, JPN, JPRK dan seterusnya?
"Walaupun
kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak
dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana" - Al-Anfal; 63
Imam Hasan
al-Banna berkata: "Kekuatan yang paling utama adalah adanya persatuan,
sedangkan persatuan tidak akan terwujud tanpa adanya perasaan cinta."
UKHUWWAH
PEMANGKIN KEKUATAN UNTUK MENCIPTA KEMENANGAN
Ukhuwwah merupakan syarat
dan pemangkin untuk mencipta kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan
datang khususnya untuk menumbangkan
Umno.
Demikian tegas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Aby
dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Isu-isu semasa dan Taakhi II yang
diadakan di Dewan Fadzil Noor, KUIZM hari ini sempena Ijtimak Perdana
Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, ukhuwwah hanya dapat dijalin
sekiranya kita mempunyai persepsi dan
prasangka yang baik sesama anggota jamaah dalam saf perjuangan untuk
meruntuhkan kezaliman Umno.
Perpecahan
merupakan penghalang utama untuk mencipta kemenangan menuju ke Putrajaya. Hanya
dengan perpaduan yang utuh dan saling memahami sesama ahli akan membantu kita
mencipta sejarah.
Berprasangka baik
merupakan diantara tuntutan utama Islam dalam hidup berjamaah.
1/18/13
Papan iklan milik Pas dibakar
18 Januari 2013
SEREMBAN - Sebuah
papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar
oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad
Omar berkata, papan iklan ‘Janji Pakatan Rakyat’ tersebut dipercayai dibakar
tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi.
“Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya
pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
“Ini menunjukkan
Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN).
Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan
kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Berikutan
kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil
membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam.
Kepada yang sudi membantu Pasti Hidayah, Senawang
PASTI Al-Hidayah telah 12 tahun beroperasi di Taman Tasik
Jaya, Senawang, N.Sembilan kini memerlukan sumbangan untuk mengganti beberapa
peralatan antaranya papan putih, kerusi meja pelajar, kerusi meja guru, rak
buku, rak kasut, kipas, alat bantuan mengajar serta beberapa peralatan lain.
Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Sdr Akob
AJK Pasti Hidayah di talian 012-3781945
1/17/13
Tiga aktivis PAS Tampin didakwa esok
Harakahdaily 17 Jan 2013
SEREMBAN: Tiga aktivis PAS Tampin akan
didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada Jumaat (esok) jam 9 pagi
atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.
Menurut satu makluman veteran PAS
Tampin, Ali Maiden, kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis PAS yang
menghalang dua orang yang tidak dikenali membuang poster dan kain
rentang ceramah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Gemas pada bulan Januari tahun lalu.
Kata Ali, pihak yang
tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis PAS.
Malah tambahnya kemudian
pihak tersebut menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah
Tampin di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ali mendakwa, salah
seorang yang akan didakwa, Zanil Suboh memaklumkan kepada beliau
bahawa mereka (tukang buang poster) adalah orang yang diupah pihak
tertentu untuk mensabotaj program Pakatan Rakyat.
"Semua penyokong
Pakatan Rakyat dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis PAS
yang bakal didakwa iaitu Zanil Suboh yang juga Ketua Penerangan PAS
Tampin, Musa Ali (warga Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (warga
Felda Bukit Jalor), " kata Ali lagi.
1/16/13
Imam Masjid Jamek Rembau dipecat kerana berkhutbah
Imam veteran (tua/warga emas) pesan pada imam muda jangan
gentar untuk menyampaikan kebenaran dengan berkhutbah walaupun akan diambil
tindakan kena pecat.
Rembau 13 Jan 2013 – Bekas Imam Masjid Jamek An Nur Pekan
Rembau atau lebih dikenali oleh orang Rembau sebagai Imam Rosli menceritakan
pengalaman beliau yang dipecat pada lewat tahun 90an kerana beliau berkhutbah
cara Rasulullah SAW, bukannya membaca teks khutbah. Beliau berpesan kepada
imam-imam muda pada ketika ini supaya jangan gentar untuk berkhutbah untuk
menaikkan semangat para jemaah untuk menghayati dan mengamalkan Islam
sepenuhnya.
Imam Rosli berucap dalam majlis meraikan veteran PAS DUN
Chembong di rumah Tn Hj Idris di Kg Tanjung Sena.
Seterusnya Imam Rosli mengingatkan bahawa golongan veteran
ini memainkan peranan besar dalam perjuangan Islam dan semasa kempen
pilihanraya. Imam Rosli menyeru kepada golongan veteran agar sentiasa
menunaikan solat hajat, bertahajjud serta bermunajat agar Islam di beri
kemenangan di Negeri Sembilan.
Turut sama dalam majlis bersama veteran PAS DUN Chembong
ialah YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi)
dan Dr Rosli Yaakop (AJK PAS Pusat).
Dalam perkembangan lain seorang pendakwah terkenal dengan
program motivasi remaja dan pelajar, Ustaz Nor Azman Mohamad telah diberi surat
amaran untuk tidak lagi bekhutbah Jumaat di mana-mana masjid di daerah Seremban
susulan beliau berkhutbah Jumaat di sebuah surau Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama yang tersohor di Seremban.
Gambar Imam Rosli yang begitu bersemangat berucap walaupun
sudah uzur serta surat
amaran terhadap Ustaz Nor Azman kerana berkhutbah di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/01/imam-masjid-rembau-dipecat-kerana.html
1/13/13
Perjuangan memerlukan pengorbanan
Perjuangan memerlukan pengorbanan
Kemenangan ditampung dengan kewangan
Kepada yang mampu hulurkan sumbangan
Yang tidak mampu doa
iringan menegak keadilan
Kepada mereka yang ingin menyumbang
untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan kemasyarakatan
PAS di beberapa kawasan di Negeri Sembilan sila salurkan ke akaun
berikut ;
Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS
NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
(Cawangan Seremban)
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC ,
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS MTD DUN
KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406
1/12/13
Kegagalan Felda dalam urusan tanam semula getah
11 Jan 2013
Peneroka mendapat maklumat Felda
melantik kontraktor yang bukan berpengalaman tetapi yang ada
kepentingan dengan Umno.
JEMPOL: Sekumpulan peneroka dari Felda
Palong 12, Jempol, Negeri Sembilan melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap pengurusan Felda yang mereka dakwa gagal menguruskan proses
tanam semula dengan sempurna.
S Moorthy, 57, berkata, setelah dua
tahun proses menebang pokok getah lama dan proses tanam semula
dijalankan, beliau mendapati Felda gagal menanam semula pokok getah
secara keseluruhan.
“Pengurusan Felda memaklumkan 2, 000
anak benih getah sudah ditanam di ladang saya. Bagaimanapun setelah
saya mengira semula didapati lebih kurang 750 anak benih getah sahaja
ditanam.
“Ladang saya asalnya hanya mempunyai
jalan pertanian merentasi ladang saya. Ketika kontraktor lantikan
Felda menjalankan kerja-kerja penebangan pokok getah dua tahun lepas,
mereka telah membuat enam jalan pertanian baru untuk membawa keluar
kayu getah.
“Sepatutnya ketika kontraktor
menjalankan kerja-kerja penanaman semula perlu merawat semula tanah
pertanian yang dijadikan jalan pertanian sementara dan membuat teres.
“Tetapi kontraktor membiarkan jalan
pertanian begitu sahaja dan tidak menanam pokok getah di situ. Saya
kerugian dalam 200 pokok dalam kawasan seluas satu ekar yang
membabitkan tujuh jalan pertanian tersebut,” kata Moorthy.
Ladang getah semak samun
Moorthy juga berang apabila dengan
keadaan ladang getah beliau yang berada dalam keadaan semak samun dan
tidak diracun.
“Sepatutnya setelah selesai
kerja-kerja penebangan pokok getah dulu, tunggul-tunggul kayu perlu
dibakar tetapi kontraktor membiarkan sahaja longgokan tunggul kayu
tersebut. Longgokan tunggul kayu ini juga mengambil ruang dalam
ladang saya yang merupakan satu lagi kerugian kerana anak benih getah
tidak dapat ditanam di situ.
“Saya kecewa dengan pengurusan Felda
(yang melantik kontraktor) kerana tidak menjalankan kerja-kerja
penanaman semula dengan teratur dan sempurna,” katanya.
Tanam sendiri kalau nak cepat
Abdul Rahman Hasan, 65, pula mempunyai
masalah yang lebih teruk apabila mendakwa setelah dua tahun berlalu,
ladang getah beliau masih belum ditanam dengan anak benih getah.
“Lubang untuk menanam anak benih
getah sudah dikorek, tetapi anak benih getahnya tidak ditanam
langsung sehingga ke hari ini.
“Kontraktor yang menjalankan kerja
penanaman semula tak ada (tiada pekerja kontrak tanam semula) dan
melakukan kerja penanaman semula dengan begitu lambat sekali. Apabila
saya mengadu pada pengurusan Felda, mereka minta saya tanam sendiri
kalau nak cepat,” keluh Abdul Rahman.
Sementara itu Naib Ketua Cabang PKR
Jempol, Rebin Birham berkata masalah ini berpunca daripada sikap
pengurusan Felda yang tidak selia kontraktor-kontraktor yang
menjalankan kerja penebangan pokok getah, pembersihan ladang dan
proses tanam semula.
Beliau membawa media melawat ladang
getah yang bermasalah ini.
PKR mahu saman Felda
“Kita mendapat maklumat Felda
melantik kontraktor yang bukan berpengalaman tetapi yang ada
kepentingan dengan Umno.
“Felda perlu bertanggungjawab kerana
apabila proses tanam semula mengambil masa yang lama, peneroka yang
tanggung kerugian.
“Peneroka Felda menyerahkan proses
tanam semula kepada Felda tetapi hasilnya pada hari ini amat
mendukacitakan. Ini satu isu besar kerana membabitkan kos hidup dan
ekonomi peneroka Felda di sini.
“Kelewatan proses tanam semula akan
membuatkan peneroka terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat hasil
getah iaitu dalam enam tahun selepas anak benih getah ditanam. Ini
akan memberi kesan ekonomi kepada peneroka.
“Lagi lama peneroka menunggu hasil
getah dari pokok getah yang matang, selagi itulah peneroka terpaksa
bergantung kepada elaun sara hidup yang diberikan oleh Felda yang
sebenarnya hutang peneroka kepada Felda.
“Kalau Felda masih tidak mengambil
langkah segera untuk memperbetulkan segala masalah yang timbul ini,
PKR tidak teragak-agak mengambil tindakan menyaman Felda demi hak
peneroka terbabit,” kata Rebin.
Turut hadir Ketua Cabang PKR Jempol,
Karip Mohd Salleh.
1/11/13
Kuliah YB Ustaz Mohd Nor Hamzah 15 Jan di Seremban
KULIAH MAGHRIB
Penceramah: YB
Ustaz Mohd Nor Hamzah
15 Jan 2013
(Selasa)
Surau An-Nur,
Bandar Seremban Selatan
Ceramah Umum 13 Jan 2013 di Seremban
CERAMAH UMUM
Tarikh : 13 Jan 2013, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas
PAS Caw Ampangan, Kg. Gedung
Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Seremban
Bersama : Dr
Hatta Ramli, Dato' Fauzi Shaari & Zulkefly Mohamad Hj Omar
1/10/13
Majlis Mahabbah Rasulullah 14 Jan 2013
MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH
Tarikh : 14 Jan 2013, Isnin
Masa : Selepas solat
Maghrib
Tempat : Masjid
Kariah Desa Anggerik, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama :
Ustaz Roslan
Mohamed, Panelis Tanyalah Ustaz TV9
Ustaz Mohd Fuad
Othman, Pengerusi At-Tibyan
Husaini Mahmur,
Finalis Akademi Al Quran
Semua dijemput
hadir
1/8/13
1/7/13
Najib belum atasi masalah bekalan air di Pekan
Harakahdaily, 06 Jan 2013
KUALA LUMPUR:
Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang
(UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak
mencukupi di Pekan.
Beberapa blog
memetik sumber mahasiswa UMP berhubung perkara itu masalah yang berlarutan itu
yang berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan parlimen Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
Akibatnya,
mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti sekitar 2,000 orang terpaksa
berkongsi sumber air yang sama daripada tangki di Kuala Pahang yang turut sama
disalurkan kepada masyarakat sekitar.
Apa yang
mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Najib agar segera turun kawasan dan
atasi permasalahan air itu dengan segera.
Pesuruhjaya PAS
Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu
Kassim Manaf turut memberi respons berhubung masalah tersebut.
Majlis Ramah Mesra DUN Chembong
Majlis Ramah Mesra Anak Muda & Anak Perantau Rembau
bersama Pimpinan
Pakatan Rakyat Chembong.
Tarikh : 28
Januari 2013 ( Isnin )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Restoran
Pinggiran Corner,Pinggiran Pedas ( bersebelahan Kolej Komuniti Rembau
Pimpinan :
* YB. Mohd Taufek
Abd Ghani ( ADUN PAROI & Pesuruhjaya PAS NS )
* Dr. Rosli Yaakop ( MTD PAS Chembong & Timb.
Pesuruhjaya PAS NS )
Anjuran : MTD PAS DUN Chembong
Hubungi : Ustaz. Nazri - 0196823159
1/6/13
Dinding retak, tanah gelongsor
Sinar Harian
5 Januari 2013
SEREMBAN - “Kehidupan saya dan
keluarga tidak lagi tenang kerana bimbang rumah kami akan musnah
disebabkan bencana tanah runtuh,” kata Yusof Ibrahim 60, yang
diselubungi resah berikutan keadaan rumahnya di Taman Bukti, Ampangan
di sini, didakwa berisiko.
Menurutnya, beberapa bahagian dinding
rumahnya yang dihuni lebih 30 tahun itu mula mengalami keretakan
serius sejak 10 tahun lalu disebabkan kejadian tanah menggelongsor di
belakang rumahnya yang dikesan dari masa ke semasa.
“Masalah ini telah lama berlaku, tapi
ia semakin serius sejak kebelakangan ini menyebabkan saya bersama
penduduk lain mula bimbang.
“Jika dulu setiap kali ada keretakan
berlaku, saya akan baiki. Tapi selepas beberapa tahun retak baru akan
timbul dan saya dah muak,” katanya.
Yusof berkata, masalah itu telah
diadukan beberapa kali kepada pihak bertanggungjawab untuk diambil
tindakan namun ia memerlukan tindakan penyelesaian menyeluruh.
Katanya, disebabkan keadaan cuaca yang
tidak menentu kebelakangan ini, kejadian gelongsoran tanah di kawasan
itu semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera.
Yusof berkata, lama-kelamaan ia
menyebabkan struktur tanah menjadi tidak kuat sehingga berlakunya
hakisan dan tanah runtuh.
Menurutnya, dia berharap tindakan
segera dapat diambil sebelum kejadian buruk terjadi.
“Bayangkan pagar bahagian belakang
rumah jiran saya ‘tergantung’ sejak sebulan lalu disebabkan
kejadian itu.
“Saya pun tidak berani membuang semak
samun di belakang rumah kerana itulah yang menjadi penahan tanah,”
katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kudus Thamby Ibrahim ketika
melawat lokasi berkata, pihaknya mendapati masalah itu melibatkan
sembilan buah rumah penduduk di taman itu membabitkan nombor rumah
135 hingga 142.
“Sebenarnya masalah sama pernah
berlaku di rumah penduduk lain di kawasan ini, tapi ia telah pun
dibaik pulih.
“Tapi saya lihat ia memerlukan
tindakan menyeluruh kerana ia membabitkan kawasan lereng bukit yang
sama dan tidak mustahil ia mudah merebak ke bahagian lain,”
katanya.
1/4/13
Tabung aktiviti PAS dalam Parlimen Rembau
Kepada mereka
yang ingin menyumbang untuk melancarkan aktiviti serta program kebajikan dan
kemasyarakatan PAS di beberapa DUN dan dalam parlimen Rembau sila salurkan ke
akaun berikut ;
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Seremban)
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS
DUN PAROI
No akaun :
05012010063902
Bank Islam Malaysia
Bhd (BIMB)
Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC ,
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS
MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Rozmal 012-2267406
1/3/13
Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013
KEM GEN-Q
Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang,
Kuala Pilah, N.Sembilan
Pelbagai aktiviti menarik; Jungle
trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan
Umat dan banyak lagi
Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma
t-shirt
Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM
& STPM
Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN
Kuarters guru jadi kelas
3 Januari 2013
TELOK KEMANG – Gara-gara lambakan
murid Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kemang yang terlalu ramai,
beberapa kuarters guru terpaksa dijadikan bilik darjah Kelas Agama
Petang (KAP) sejak setahun lalu.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga murid
berharap agar SK Taman Intan Perdana yang dibina kira-kira lima
kilometer dari sekolah berkenaan akan segera beroperasi bagi
menyelesaikan masalah yang berlaku.
Tinjauan mendapati, seramai 1,569 murid
SK Telok Kemang yang memulakan sesi persekolahan semalam terpaksa
menjalani dua sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang.
Inisiatif ini dilaksanakan untuk
memberikan kemudahan dan keselesaan kepada murid bagi sesi
pembelajaran dan pengajaran mereka, malah guru juga mengambil
pendekatan menggilirkan kelas tambahan pada waktu petang kepada murid
tahun enam bagi menangani kekurangan kelas.
Bapa, Abd Rahman Rais, 35, berkata, dia
sedia maklum dengan masalah yang berlaku dan berharap agar SK Taman
Intan Perdana boleh segera beroperasi.
Menurutnya, sekolah itu dibina atas
janji Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang lalu dan sepatutnya ia
beroperasi pada sesi persekolahan 2011, namun atas beberapa masalah
yang berlaku ia tertangguh sehingga kini.
"Saya amat berharap sekolah itu
dapat dibuka dalam masa terdekat ini kerana apa yang saya lihat
bangunan sekolah semuanya sudah siap dan hanya menunggu jalan
diturap," katanya.
Manakala Zuril Arif, 33, berkata,
anaknya baru mendaftar di tahun satu dan dia mahukan anaknya
mendapatkan kemudahan pendidikan saya selesa.
"Murid di sekolah ini terlalu
ramai tetapi kemudahan infrastrukturnya kurang menyebabkan pengurusan
terpaksa melaksanakan dua sesi persekolahan sedangkan konsep itu
sudah tidak dilaksanakan di negara kita," katanya.
Sementara Maimunah Hashim, 33, berkata,
walaupun mempunyai murid yang padat, namun rekod pencapaian
kecemerlangan SK Telok Kemang ini sangat baik terutamanya dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Menurutnya, disebabkan itu ramai ibu
bapa mahu menghantar anak mereka ke sekolah itu.
1/2/13
PERKHIDMATAN PINJAMAN KEWANGAN ISLAM
Sila hubungi agen dari Institusi
Kewangan Islam yang berdaftar Sdr Wan 012-977 0092.
Juga disediakan khidmat memperbaharui
cukai jalan, takaful kenderaan serta takaful hayat.
Untuk projek ekonomi dan kebajikan PAS
DUN Kota, N.Sembilan
Mari kita jayakan Pembinaan Bangunan PAS MTD Klawang
Kerja-kerja
pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) telah pun dimulakan pada 27
Disember 2012. Para penyumbang telah menghulurkan dana sejumlah RM55,000 setakat
ini.
Dana masih lagi
diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya bangunan 2 tingkat bangunan PTA ini
dimana sasaran awal pembinaan bangunan ini berjumlah RM200,000.
Bangunan PTA 2
tingkat terdiri dari tingkat bawah : Surau, tandas dan bilik air muslimin dan
muslimat. Tingkat atas adalah dewan serbaguna. Keluasan asal banguan ini adalah
24' X 36'.
Pengurus projek
pembinaan bangunan PTA ini ialah Encik Zulkifli yang juga merupakan Bendahari
PTA. En Zul bertanggungjawab menyelenggara segala projek pembinaan PTA
sehingga siap. Menurut Zul beliau akan menyiapkan bangunan mengikut pelan dan
sejimat mungkin belanja.
Sumbangan dana masih diperlukan.
Kepada mereka yang ingin menyumbang, sila salurkan ke akaun
Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor Akaun 555069113244 atau hubungi
Setiausaha Sdr Saiful Bahari Hj Jaaman di 019 - 617 4178
1/1/13
JAMUAN MAKAN MALAM PAS KAWASAN TAMPIN
Bersama Sdr. Mazlan Aliman [Presiden
ANAK& AJK PAS Pusat]
Pada 13 Januari 2013(Ahad) [Sehari
Selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat Di KL]
Kupon Jamuan RM 30
Sila hubungi Tn. Haji Ali, Timb.YDP
Tampin [013-3681126]
Subscribe to:
Posts (Atom)





























