KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

7/13/14

Pengawal keselamatan dengan 2 anak OKU tidak layak dapat bantuan


Dari FB Ustaz Nor Azman Mohamad (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) : Hari ini ( 13 Julai 2014 ) saya menziarahi 2 buah rumah di Johol. Rumah pertama adalah En Aziz di Kampung Menyolai, Kuala Johol yang menyara hidup dengan memandu van jenazah masjid. Beliau tidak lagi boleh membuat kerja-kerja berat kerana tulang belakang telah dimasukkan besi akibat terjatuh. Beliau menanggung 3 orang anak yang masih bersekolah.

Keluarga kedua adalah En Yahya b Adom dari Kampung Kelomboi, Melekai. Beliau mempunyai 7 orang anak dan 2 darinya adalah OKU. Beliau berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Rendah Agama Johol. Isteri beliau tidak bekerja. Beliau pernah memohon bantuan Baitulmal tetapi dikatakan tidak layak. Sesiapa yang ingin menyumbang salurkan ke akaun beliau

En Yahya b Adom
Nombor Akaun : 4 - 2250394 - 26 (Public Bank)
Nombor Telefon : 017 6073747

1 comment:

Anonymous said...

Sudahkah anda merujuk kepada Baitulmal untuk mengetahui status permohonan untuk disahkan khabar itu??

Mengapa anda sendiri tidak memanjangkannya kepada Baitulmal ..

Behentilah menjadi muslim kalau masih mahu beramal dengan politik kebencian ..

Jadilah anda orang yg malu bila tangan kiri anda mengetahui apa yg dihulurkan oleh tangan kanan anda...budayakan politik bekerja dengan 'sirr' bukan mempolitikkan usaha yg segelintir!! Perangai lebih buruk dari umno..